Lebih Banyak Anda Bersedekah, Lebih Banyak Allah Beri Rezeki

Pada situasi Malaysia dilanda wabak Covid19 ini, masjid semakin lama semakin kurang jemaah kerana tidak dibenarkan untuk semua hadir.
Sedar atau tidak, kewangan masjid juga terkesan disebabkan hal ini.
Masjid Al-Husna Bandar Sunway juga terkesan daripada hal ini.
Masjid yang besar tentunya menggunakan kos yang tinggi untuk menguruskan keseluruhan masjid ini dari sudut kebersihan, elektrik dan sebagainya.
UNTUK APA SUMBANGAN INI?
Kami merancang pelbagai program berbentuk kebajikan, kuliyah dan mesyuarat untuk pengurusan masjid ini.
Antara program yang telah dirancang adalah seperti berikut :
1) Ceramah Khas
2) Derma Darah
3) Bantuan Kebajikan
4) Sumbangan Kepada Asnaf
5) Kuliah Muslimat Setiap Minggu
6) Kursus Pengurusan Jenazah
7) Kursus Imam dan Bilal Muda
8) Program Pengisian Bulan Ramadan
Segala program ini adalah program berbentuk kebajikan dan majlis ilmu.
Setiap sumbangan anda hari ini akan digunakan untuk perkara demikin, dan setiap program akan menjadi ladang pahala bagi anda.
Kami juga merancang untuk membeli aset baru bagi kegunaan para jemaah di masjid ini.
Antara barangan tersebut adalah :
1) Aircond
2) Cat Bangunan
3) Naiktaraf Tandas
4) Naiktaraf Dewan Kuliah
5) Pembinaan Kuarters Pegawai
6) Baikpulih Bumbung
Setiap aset ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk kegunaan masjid.
Masjid ini diuruskan oleh 4 pegawai utama dan 24 orang ahli jawatankuasa yang menguruskan masjid ini secara sukarela.
Bantu mereka dengan mudahkan urusan pencarian dana bagi membeli aset aset dan membiayai program mereka.
Sedekah anda akan menjadi saham akhirat anda dan meringankan beban kami.
BERAPA YANG DIPERLUKAN?
Bagi membiayai segala program dan aset berikut, kami memerlukan sebanyak RM1 juta untuk keseluruhan dalam tempoh tahun ini.
Kekurangan dari sudut kewangan ini akan membantutkan program yang dirancang. Bahkan boleh jadi terbantut pada pembinaan yang sedang dirancang.
Kami tidak meminta anda untuk bersedekah sebanyak-banyaknya, namun cukup sekadar yang anda mampu walaupun HANYA RM10.
Ada yang guna RM10 sekadar untuk minum, ada yang guna makan, ada yang guna untuk basuh kereta, apa salahnya jika anda guna bersedekah untuk kegunaan masjid ini.
BAGAIMANA INGIN MENYUMBANG?
Kami sedaya upaya ingin memudahkan anda untuk bersedekah dengan 3 langkah :
1) Teruskan membaca hingga ke bawah
2) Isi ruangan yang diperlukan. Berapa anda ingin sedekah, itu terpulang kepada anda. Seikhlas hati
3) Buat pembayaran sama cara online atau ke atm.
Manfaatkanlah harta anda hari ini untuk bersedekah kepada perkara kebaikan dan kami telah menyediakan platform untuk anda bersedekah. Segalanya hanya di hujung jari.
Kadang-kadang, rezeki itu bukan datang dengan cara sejumlah wang. Boleh jadi dengan cara peluang untuk anda bersedekah. Kerana sedekah akan membuka pintu rezeki.
Tidak pernah orang jatuh miskin kerana bersedekah, yang ada hanyalah orang yang bersedekah menjadi kaya.
Di dalam ayat Al-Quran ada mengatakan :"Perumpamaan bagi orang yang menginfakkan harta ke jalan Allah seperti menanam sebiji benih yang menumbuhkan sepohon yang ada padanya 7 dahan, pada setiap dahan itu akan mengeluarkan 100 benih".
Allah akan menggandakan berganda-ganda bagi sesiapa yang menginfakkan harta mereka ke jalan Allah. Dan Allah bukakan lagi pintu rezeki seluasnya bagi orang yang bersedekah.
Ini antara beberapa program yang pernah kami jalankan berkat sumbangan anda.
Aktiviti gotong-royong membersihkan masjid ini. Anda boleh lihat betapa besarnya ruang masjid ini.
Ceramah khas yang dibuat untuk para jemaah.
Aktiviti berbuka puasa di bulan Ramadhan.