Luaskan Pintu Rezeki Anda Hari Ini

Alhamdulillah, syukur kepada Allah
yang
menggerakkan hati anda untuk memasuki
laman web ini.
Wabak COVID-19 terbukti memberi kesan yang
yang teruk kepada negara Malaysia. Disebabkan ini,
banyak masjid-masjid di negara ini kekurangan jemaah.
Lantas, situasi ini menjejaskan keadaan kewangan
masjid.
Masjid Al-Husna Bandar Sunway juga terjejas akibat hal ini.
UNTUK APA SUMBANGAN INI?
Masjid yang besar sudah semestinya memerlukan kos pengurusan
yang agak tinggi. Sumbangan anda akan digunakan untuk tujuan
kebersihan, elektrik dan naik taraf masjid.
Selain itu, sumbangan anda akan turut digunakan untuk program
kebajikan serta program ilmu yang akan dijalankan di Masjid Al-Husna Bandar Sunway seperti:
1) Ceramah Khas
2) Derma Darah
3) Bantuan Kebajikan
4) Sumbangan Kepada Asnaf
5) Kuliah Muslimat Setiap Minggu
6) Kursus Pengurusan Jenazah
7) Kursus Imam dan Bilal Muda
8) Program Pengisian Bulan Ramadan
Segala
sumbangan yang diterima akan digunakan untuk
perkara-perkara
di atas. Semoga program-program ini
akan menjadi
ladang pahala buat anda InsyaAllah.
Selain itu,
sumbangan anda akan digunakan untuk
membeli aset
baru bagi kegunaan para jemaah. Antara
barangan tersebut adalah:
1) Aircond
2) Cat Bangunan
3) Naiktaraf Tandas
4) Naiktaraf Dewan Kuliah
5) Pembinaan Kuarters Pegawai
6) Baikpulih Bumbung
Setiap aset ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk kegunaan masjid.
Masjid ini diuruskan oleh 4 pegawai utama dan 24 orang ahli jawatankuasa
yang menguruskan masjid ini secara sukarela.
Sedekah anda dapat memudahkan urusan mereka untuk membeli aset-aset
keperluan masjid dan membiayai program-program yang akan dijalankan.
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesulitan,
ALLAH memudahkannya di dunia dan akhirat." (Riwayat Ibnu Majah)

1) Teruskan membaca hingga ke bawah
2) Isi ruangan yang diperlukan. Berapa anda ingin sedekah, itu terpulang kepada
anda. Seikhlas hati
3) Buat pembayaran sama cara online atau ke atm.
“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,
ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;
tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah),
Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang
dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat)
kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 261)